Apa Itu AI? Ia Bukan Sekadar ChatGPT
AI (Artificial Intelligence) atau Kecerdasan Buatan semakin hangat diperkatakan sejak kemunculan ChatGPT pada November 2022.
Tapi sebenarnya, apa itu AI?
Sebagai seorang yang dah menerokai AI sejak dua tahun lepas, saya nak kongsi pemahaman asas tentang teknologi yang sedang mengubah cara kita hidup ini.
Definisi Mudah AI
AI ialah teknologi yang membolehkan komputer memproses data, belajar daripadanya, dan membuat keputusan atau tindakan seperti manusia.
Bayangkan AI seperti seorang pelajar yang sangat rajin. Dia akan belajar dari data yang diberi, cuba kenalpasti corak atau pattern, dan gunakan pembelajaran itu untuk selesaikan masalah baru.
Jenis-jenis AI
Ada tiga kategori utama AI yang kita perlu faham:
Narrow AI (AI Terhad)
Ini adalah jenis AI yang kita selalu guna sekarang. Contohnya:
- ChatGPT
- Siri dan Alexa
- Google Search
- Kereta autonomous
- AI untuk hasilkan gambar seperti Midjourney
AI jenis ini sangat bagus untuk buat kerja spesifik, tapi tak boleh buat benda lain di luar skop latihannya.
General AI (AI Am)
Ini adalah tahap seterusnya yang masih belum wujud lagi. General AI sepatutnya boleh:
- Ada kesedaran sendiri
- Faham emosi
- Selesaikan pelbagai masalah secara bebas
- Belajar dan merancang masa hadapan
Macam dalam filem science fiction, contohnya watak R2-D2 dalam Star Wars.
Super AI (AI Super)
Ini adalah bentuk AI yang paling advanced, yang akan melepasi kebolehan manusia. Dengan Super AI, kita mungkin boleh:
- Ramal kejadian masa hadapan
- Bangunkan kaedah saintifik baru
- Selesaikan cabaran global seperti penyakit
- Atasi masalah kebuluran dunia
Macam Mana AI Berfungsi?
AI beroperasi melalui pembelajaran mesin (machine learning) yang melibatkan tiga pendekatan utama:
Pembelajaran Terselia (Supervised Learning) AI belajar dari data yang telah dilabel.
Pembelajaran Tidak Terselia (Unsupervised Learning) AI mencari pattern sendiri dalam data.
Pembelajaran Pengukuhan (Reinforcement Learning) AI belajar melalui ganjaran dan hukuman.
Berbeza dengan manusia, sistem AI boleh memproses jutaan tugasan secara berterusan, belajar dan bertambah baik dengan setiap iterasi.
Contohnya, ChatGPT dilatih menggunakan data teks melebihi 570GB dari pelbagai sumber termasuk buku, artikel dan laman web. Ini membolehkan ia menghasilkan jawapan yang hampir seperti manusia.
Status AI Sekarang
Buat masa ini, kita hanya ada Narrow AI sahaja.
Walaupun sistem seperti ChatGPT nampak impressive, ia masih dikategorikan sebagai Narrow AI yang direka untuk excel dalam tugasan tertentu tapi tidak mempunyai pemahaman atau kesedaran sebenar.
General AI dan Super AI masih jauh dari menjadi kenyataan. Tetapi, kalau ikutkan kenyataan-kenyataan dalam sesi wawancara dan podcast bersama founder model-model AI yang tersohor, mereka beritahu yang kita mungkin akan lihat AI tahap ini dalam masa beberapa tahun sahaja lagi.
Apa Yang Perlu Kita Buat?
Sebagai permulaan, anda boleh:
Cuba guna ChatGPT & Claude
Ini adalah cara paling mudah untuk mula faham AI. Boleh terus mula mendaftar dan gunakkannya di https://chat.openai.com/ & https://claude.ai/Belajar prompt engineering
Ini akan bantu anda dapat hasil yang lebih baik dari AI. Kami ada sediakan satu kursus khas belajar prompting di PandaiTech.Kenalpasti bidang yang AI boleh bantu
Fokus kepada kerja-kerja yang boleh berulang. Cuba eksperimen siapkan kerja tersebut menggunakan AI. Semak dan eksperimen sehingga kerja tersebut boleh diautomasi. Selepas dah diautomasi, anda akan mempunyai lebih masa tak kisah sama ada untuk berehat atau tumpukan ke projek/kerja yang lain. Di PandaiTech, kami ada ajar cara automasi kerja (content writing).Kuasai AI sebagai alat
AI adalah alat untuk bantu, bukan untuk ganti manusia. Anda kuasai cara menggunakannya, anda akan menjadi versi yang lebih baik dari kalangan manusia lain yang tidak tahu, bahkan tidak ingin untuk mempelajarinya.
Kesimpulan
AI adalah teknologi yang sangat berkuasa tapi masih ada banyak limitasi.
Yang penting sekarang ialah kita faham asasnya dan mula menggunakannya dengan betul untuk membantu kita dalam kerja seharian.
Seperti kata-kata yang biasa berlegar di media sosial sekarang:
"AI tidak akan ganti manusia, tapi manusia yang guna AI akan ganti manusia yang tidak guna AI."